Ziyad adalah anak kepada pasangan Fairus & Syikin. Usianya 3 tahun. Anak kurang upaya yang bijak dan comel.
Ziyad disahkan mengalami AVM sejak lahir. Kedudukan AVM ini adalah dibahagian otak kanannya. Dalam pemahaman yang mudah, saraf di otak Ziyad bergumpal dan menyebabkan kecederaan pada otaknya. Kesannya, kaki dan tangan Ziyad menjadi lemah (stroke). Ziyad tak boleh berjalan, hanya mengesot. Ziyad juga selalu diserang sawan.
AVM di otak Ziyad mempunyai risiko untuk pecah. Jika pecah, keadaan akan jadi lebih teruk lagi. Sehingga risiko kehilangan Ziyad selamanya. Jika mahu jalani pembedahan sekarang, usianya terlalu kecil. Risiko lebih tinggi lagi. Jadi pasangan Fairus & Syikin diberi pilihan, samaada mahu teruskan pembedahan atau pemantauan perkembangan Ziyad sahaja.
Atas nasihat doktar & perbincangan bersama keluarga, pasangan ini mengambil keputusan untuk memantau perkembangan Ziyad. Rawatan pembedahan mungkin akan dilakukan setelah Ziyad berusia 10 tahun nanti. Buat masa ini sehingga menunggu Ziyad membesar, harapan diletakkan begitu tinggi agar Ziyad mampu bertahan.
Ziyad telah ditahan wad untuk menjalani sesi fisioterapi selama 1 bulan. Ketika itu kehidupan keluarga ini amat mencabar dengan urusan keluar masuk hospital. Alhamdulillah, sejak 3 bulan lalu (ketika artikel ini ditulis), Ziyad sudah boleh berjalan walaupun tidak sempurna seperti kanak-kanak lain. Perkembangan ini adalah kejayaan besar & kegembiraan yang tak terhingga kepada ibu dan ayahnya.
Sejak pasangan ini dikurniakan anak syurga, mereka telah bertekad buat yang terbaik untuk Ziyad.
Kini, pasangan ini mendedikasikan Ziyad Stellar Guest House sebagai hadiah buat Ziyad. Sebuah usaha yang memberi makna besar kepada keluarga ini.
Doakan pasangan ini dipermudahkan urusan untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah Allah. Moga Ziyad Stellar Guest House akan terus maju.