7 Port Asam Pedas Power di Melaka

Kalau pergi Melaka memang tak sah kalau tak merasa asam pedas kan?

Mesti ramai yang tercari-cari asam pedas ori dengan resepi turun-temurun. Sebenarnya banyak tempat makan di Melaka ada hidangkan asam pedas memandangkan ianya menu special dan unik di Melaka.

Di sini kami senaraikan beberapa tempat makan asam pedas di Melaka yang viral dan ada juga yang lebih terkenal di kalangan penduduk tempatan tapi sedap dan berbaloi untuk dicuba.

7 RESTORAN ASAM PEDAS DI MELAKA YANG FAMOUS & SEDAP

1. ASAM PEDAS PASAR BORONG

Mungkin ramai dah tahu tempat makan asam pedas yang terletak di belakang pasar borong Batu Berendam ni. Mungkin sebab ia terletak berdekatan pasar borong, jadi ikan yang digunakan memang segar belaka. Tak tahulah kan.

Tapi rata-rata yang suka datang makan di sini kata ikannya segar. Harga pun berpatutan.

Apapun, kena fahamlah sebab bila dah ramai peminat, keadaan yang agak penuh dengan pelanggan. Jadi, seeloknya isi perut dulu kalau takut lama menunggu.

Antara gerai yang terkenal adalah Asam Pedas Claypot Dahlia Ria Corner dan Ujang Asam Pedas.

Lokasi: Medan Selera Pasar Borong Batu Berendam, Melaka

Google Map: Asam Pedas Pasar Borong Bt Berendam

Waktu operasi: 6 petang – 2 pagi (Isnin CUTI)

2. ASAM PEDAS PAK MAN

Asam Pedas Pak Man pun bukan calang-calang lagi. Siapa yang biasa ke Melaka mesti tahu restoran ni yang terletak di Bukit Katil. Yang best tu, kalau datang sarapan pagi-pagi, ada banyak kuih-muih tradisional – keria, seri muka, pau dan popia. Kuih nyonya yang simbolik dengan negeri Melaka pun ada dan susah kita nak jumpa di tempat lain.

Resepi asam pedasnya asli dari Melaka dengan presentation makanan yang kemas dan menarik. Yang bawa anak-anak tu boleh orderkan mereka roti canai atau nasi ayam untuk yang tak makan pedas.

Lokasi: Kompleks Niaga Melaka Perdana, Bukit Katil

Google MapAsam Pedas Pak Man

Facebook: Asam Pedas Pak Man The Best In Town

Waktu Operasi: 8 pagi – 7 malam setiap hari (Asam pedas mula dihidangkan jam 11 pagi)

3. RESTORAN SELERA HANG TUAH

Orang Melaka selalunya refer warung ni sebagai warung asam pedas traffic light Duyong.Ia memang dah lama wujud dan berpuluh tahun menyediakan hidangan asam pedas asli turun-temurun.

Yang uniknya dekat sini ada asam pedas gearbox dan sup urat keting. Memang padu!

Kalau dulu mungkin limited parking, tapi sekarang mereka dah tambah lagi banyak ruang untuk memudahkan pelanggan. Maksudnya memang ramai yang datang tu kan?

Lokasi: Dari Melaka ikut jalan nak ke Bukit Katil akan jumpa simpang 4 – kanan ke Perkampungan Hang Tuah, kiri Semabok Dalam. Depan sikit je dari traffic light tu, kedainya sebelah kiri.

Google Map: Restoran Selera Hang Tuah

Waktu Operasi: 5.30 petang hingga 2 pagi

Facebook: Restoran Selera Hang Tuah

4. ASAM PEDAS STATION

Satu lagi restoran asam pedas yang boleh anda kunjungi waktu tengah hari ialah Asam Pedas Station Nooraidah Haji Isenin. Walaupun mungkin tak berapa ramai yang tahu kedai ni, tapi sebenarnya ramai penduduk tempatan mesti tahu sebab ia merupakan restoran yang dibuka oleh anak Haji Isenin yang cukup terkenal dengan Kari Kepala Ikan di Melaka.

Memang rambang mata makan dekat sini sebab banyak betul pilihan. Asam pedas, tomyam, masakan goreng panas dan macam-macam lagi. Environment pun selesa sangat. Semuanya sedap dan berbaloi!

Lokasi: Taman Saujana Puri, Bukit Katil

Google Map: Restoran Asam Pedas Station Nooraidah Hj Isenin

Waktu Operasi: 7 pagi hingga 5 petang. (Asam pedas mula dihidangkan bermula sekitar jam 10 pagi)

Facebook: Asam Pedas Station – Nooraidah Hj Isenin

5. ASAM PEDAS LOT 35

Bagi yang menginap di bandar Melaka dan nak makan di sekitarnya, bolehlah berjalan kaki ke Asam Pedas Lot 35 yang terletak belakang Mahkota Parade ini.

Ada pelbagai jenis lauk-pauk masakan kampung di sini. Selain asam pedas, ramai yang suka dengan kerabu mangga dan seleksi ulam-ulaman yang mengingatkan kita pada dengan suasana kampung. Hari tertentu ada juga menu rare macam itik masak cili api dan ayam kampung.

Kalau nak ikutkan, harganya boleh tahanlah dan agak ramai yang kata harganya agak mahal. Tapi mungkin setandinglah dengan lokasinya di kawasan bandar. Kuah pun padu. So, tak hairanlah restoran ini tetap menerima kunjungan ramai.

Lokasi: Jalan PM 5, Plaza Mahkota

Google Map: Restoran 35

Waktu Operasi: 12.30 tengah hari hingga 5.30 petangasam pedas di melaka

Foto Kredit: Mass Rahman

Foto Kredit: Mass Rahman

6. ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG

Satu lagi asam pedas yang popular di sekitar town adalah Asam Pedas Selera Kampung ini. Restoran ini juga antara yang dah lama dan famous di Melaka.

Berbeza dengan restoran Lot 35 yang buka dekat nak tengah hari, dekat sini ada menyediakan sarapan seawal jam 7 pagi. Jadi senanglah nak cari sarapan berat bagi anda yang nak mula bersiar-siar di bandar Melaka di waktu cuti.

Selain asam pedas, menu istimewa termasuklah udang galah masak cili padi, ikan keli berlada, ayam rendang, dan daging salai cili padi. Best!

Lokasi: Jalan PM 3, Plaza Mahkota

Google Map: Asam Pedas Selera Kampung

Waktu Operasi: 7 pagi hingga 6 petang

Facebook: Asam Pedas Selera Kampung

asam pedas di melaka

7. RESTORAN SELERA IBUKU

Yang shopping berdekatan area Jusco atau Tesco boleh makan asam pedas di Restoran Selera Ibuku. Tempatnya selesa dan baru juga dinaiktaraf menjadi lebih luas untuk menempatkan lebih ramai pelanggan.

Selain asam pedas ada juga ikan bakar, lamb grill, squid grill, nasi lemak kukus berlauk, lauk pauk, masakan kampung semuanya ada di Restoran Selera Ibuku yang terletak di Taman Lagenda.

Kuih muih kampung pun ada. Buka seawal 8 pagi hingga 8 malam.

Lokasi: Jalan Lagenda 1, Taman Lagenda

Google Map: Restoran Selera Ibuku

Waktu Operasi: 8 pagi hingga 8 malam

Facebook: Restoran Selera Ibuku

JOM PEKENA ASAM PEDAS

Rugilah datang Melaka kalau tak pekena asam pedas. So next trip cuti-cuti Melaka, dah tahulah nak cuba makan di mana.

Kalau korang pernah makan asam pedas yang power dan best di Melaka, jomlah share dengan kami di ruangan komen.

Mesti ramai nak tahu!

Sumber : Sirap Limau

Pasaraya Mydin Hanya 4 Km

Pasaraya Mydin memang terkenal dengan pelbagai barangan yang menawarkan harga berpatutan. Ini adalah syurga kaum wanita dan emak-emak kita. Tak semua tempat di Malaysia ada pasaraya Mydin.

Cucu-cucu tengah sibuk mandi kolan di Ziyad Stellar Guest House, giliran emak-emak pulak cuci mata di pasaraya Mydin.

Lokasi pasaraya Mydin dari Ziyad Stellar Guest House hanya 4 km sahaja. Kalau sampai ke sana jangan lupa bawa pulang ole-ole makanan tradisional Melaka. Banyak gerai jualan di situ.

Apa lagi emak-emak. Time to rock & roll. Abah-abah siapkan duit ya.

Mango Float Royal Melaka

Perrgghh.. ini memang mantap.

Mango Float Royal memang kena dengan namanya. Jus mangga segar beserta ketulan mangga dan ditambah dengan aiskrim menjadi penghilang dahaga waktu cuaca panas. Apa yang menarik di negeri Malaka ini, semua makanan sedap-sedap macamni boleh diperolehi di tepi jalan sahaja. Memang power..

Korang yang menginap di Ziyad Stellar Guest House Melaka boleh menikmati kelazatan Mango Float Royal Melaka yang hanya 4 km atau 7 minit pemanduan. Lokasinya di Sg Putat dan bersebelahan jalan utama.

Ini antara apa yang WAJIB korang cuba ketika menginap Ziyad Stellar Guest House.

Di Sebalik Ziyad Stellar Guest House

Ziyad adalah anak kepada pasangan Fairus & Syikin. Usianya 3 tahun. Anak kurang upaya yang bijak dan comel.

Ziyad disahkan mengalami AVM sejak lahir. Kedudukan AVM ini adalah dibahagian otak kanannya. Dalam pemahaman yang mudah, saraf di otak Ziyad bergumpal dan menyebabkan kecederaan pada otaknya. Kesannya, kaki dan tangan Ziyad menjadi lemah (stroke). Ziyad tak boleh berjalan, hanya mengesot. Ziyad juga selalu diserang sawan.

AVM di otak Ziyad mempunyai risiko untuk pecah. Jika pecah, keadaan akan jadi lebih teruk lagi. Sehingga risiko kehilangan Ziyad selamanya. Jika mahu jalani pembedahan sekarang, usianya terlalu kecil. Risiko lebih tinggi lagi. Jadi pasangan Fairus & Syikin diberi pilihan, samaada mahu teruskan pembedahan atau pemantauan perkembangan Ziyad sahaja.

Atas nasihat doktar & perbincangan bersama keluarga, pasangan ini mengambil keputusan untuk memantau perkembangan Ziyad. Rawatan pembedahan mungkin akan dilakukan setelah Ziyad berusia 10 tahun nanti. Buat masa ini sehingga menunggu Ziyad membesar, harapan diletakkan begitu tinggi agar Ziyad mampu bertahan.

Ziyad telah ditahan wad untuk menjalani sesi fisioterapi selama 1 bulan. Ketika itu kehidupan keluarga ini amat mencabar dengan urusan keluar masuk hospital. Alhamdulillah, sejak 3 bulan lalu (ketika artikel ini ditulis), Ziyad sudah boleh berjalan walaupun tidak sempurna seperti kanak-kanak lain. Perkembangan ini adalah kejayaan besar & kegembiraan yang tak terhingga kepada ibu dan ayahnya.

Sejak pasangan ini dikurniakan anak syurga, mereka telah bertekad buat yang terbaik untuk Ziyad.

Kini, pasangan ini mendedikasikan Ziyad Stellar Guest House sebagai hadiah buat Ziyad. Sebuah usaha yang memberi makna besar kepada keluarga ini.

Doakan pasangan ini dipermudahkan urusan untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah Allah. Moga Ziyad Stellar Guest House akan terus maju.